29
Oct
09

Panduan Asas Penanaman Tauge

Panduan Menanam Taugeh

Tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina.  Kajian menunjukkan penghasilan tauge merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju. 

Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan tauge perlu diberi pengamalan dan dilihat pada setiap peringkat proses pengeluaran.

Kaedah dan Pemerhatian:

Walaupun proses penghasilan tauge nampak mudah, hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada penghasilan.  Pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air dan luang pasaran adalah untuk memastikan projek yang berterusan. Bahan mentah terutama benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik dan diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.

Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam.  Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesaran Sontoso sudah memadai dan menggaul dengan Siako (selepas mengetos) sebelum peringkat mencambah, boleh memberikan hasil yang paling tinggi di mana 11 kg. benih menghasilkan 8.7 kg. tauge dan keperluan air siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon. 

Untuk percambahan, penggunaan tong-tong plastik yang telah digunakan atau recycle container yang tebal dan tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan lasak dan memberi lindungan yang secukupnya pada tauge untuk bercambah.

Proses Pengeluaran Tauge

Menyediakan persekitaran dan lokasi
|
Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau / kacang hitam)
|
Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)
|
Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)
|
Merendam (6-8 jam menggunakan larutan hormon jika mahu, 1.5% Sontoso)
|
Mengetos (digaul dengan 1% Siako)
|
Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian)
|
Menyiram (2-4 jam sekali)
|
Mengasingkan kulit
|
Membungkus
|
Menjual

Pertambahan jarak masa siraman dan pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebabkan hasil tauge rendah.  Pemerhatian yang dijalankan di PKT Serdang menunjukkan jarak antara siraman 3 dan 4 jam memberikan hasil tauge 6.4 kg dan 5.3 kg berbandingan dengan 8.7 kg. tauge pada jarak masa siraman 2 jam.

Tauge yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan tauge yang dituai hendaklah terus ditoskan selama satu hari sebelum dibungkus supaya kering kerana tauge lebih tahan dijual secara kering.  Tauge yang hendak dijual hendaklah dipastikan supaya sampai kepada pengguna dalam keadaan segar.

PENGHASILAN TAUGE CARA AUTOMATIK
Sumber:  Dipetik dari Akhbar Tani Bil. 1/2001

Dalam pengeluaran tauge, antara masalah yang dihadapi ialah ketidak seragaman waktu penyiraman, isipadu air siraman yang tidak konsisten, kegagalan menyiram pada waktu malam, penggunaan buruh yang intensif, hasil tidak konsisten, tempoh pengeluaran yang lebih panjang dan pengasingan kulit biji daripada tauge. 

Hasil tauge kurang berkualiti iaitu tauge yang halus, akar panjang, akar pendek, kulit atau testa terlekat pada tauge dan tidak tahan disimpan lama.  Kualiti tauge yang dikeluarkan secara manual berubah kerana suhu dalam tong percambahan tidak menentu. Suhu dipengaruhi oleh kekerapan siraman dan kuantiti air.

Bagi memudahkan kerja menyiram tauge serta meningkatkan hasil dan kualiti tauge, sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Amat Khri bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor telah merekacipta Set Pengeluaran Tauge Automatik (SepTA) yang membolehkan siraman dijalankan secara automatik dengan kos sebanyak RM500.00.

Sistem Pengairan

SepTA terdiri daripada tiga (3) komponen asas iaitu sistem pengairan, pelaras masa Galcon (timer) dan tong penanaman.  Sistem pengairan ini digunakan bagi memudahkan kerja siraman air secara berjadual dan kuantiti air siraman yang sekata dapat dilakukan secara automatis.  Secara umumnya, bahagian dan peralatan bagi sistem ini ialah PVC tubing, injap kawalan (control valves) dan nozel kabus.  Punca air diperolehi daripada paip air rumah.

Setiap unit asas sistem ini mengandungi empat (4) cabang aliran air keluar di mana setiap satunya mempunyai injap kawalan.  Empat aliran air keluar diselaraskan dengan tempoh pengeluaran tauge di dalam tong percambahan iaitu selama 4 hari.  Susunan boleh diubahsuai tetapi untuk pengeluaran berterusan (harian) mesti mempunyai 4 arah aliran air keluar.

Nozel yang digunakan ialah jenis ‘spray jet’ dan bersambung kepada ‘rigid riser’.  Pada tekanan 10-15 psi, nozel ini menghasilkan semburan berbentuk kabus (mist) dan menyiram air dengan kadar 50 liter/jam.  Nozel jenis ini amat sesuai untuk siraman tauge kerana siramannya sekata, kadar aliran yang tetap dan isipadu siraman yang rendah.  Siraman selama 5 minit dengan kekerapan 90 minit sekali, selama 4 hari hanya menggunakan sebanyak 270 liter air sahaja.

Pelarasan Masa Galcon (Timer)

Pelaras masa (Timer) jenis Galcon ialah alat yang mengawal masa bagi membolehkan sistem pengairan dapat membuat siraman secara automatik.  Dengan berbekal kuasa dua biji bateri 9V, pelaras masa Galcon mempunyai kawalan masa minimum sehingga 5 minit.  Jangka hayat minimum bateri ialah 15 bulan.  Kuasa bateri hanya diperlukan untuk membuka ‘solonoid valve’ sahaja.  Penutupan semula berlaku dengan tolakan spring.  Alat kawalan ini amat mudah digunakan.  Hanya 2 pelarasan sahaja perlu dibuat iaitu tempoh siraman dan kekerapan siraman.

Tong Penanaman

Tong yang digunakan ialah tong plastik berwarna hitam berukuran 30 liter dengan ketinggian 60 cm (seperti tong sampah).  Bahagian penutup tong ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur.  Bahagian bawah tong, dibuat 20-30 lubang bergaris pusat 4-5 mm.  Lubang ini bertujuan mengalir air siraman keluar. 

Tong yang digunakan mesti berwarna hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.Dengan tong ini, kuantiti benih kacang yang boleh dimasukkan ialah 1.5 – 2.0 kg dan kapasiti pengeluaran tauge ialah 10 – 15 kg setiap tong.  (Setiap 1 kg. benih kacang boleh menghasilkan 7-9 kg. tauge).

Operasi SePTA

Secara ringkasnya, operasi SePTA adalah seperti berikut:-

  1. Sambungkan sistem pengairan SePTA kepada paip bekalan air rumah.
  2. Laraskan kekerapan dan ulang siraman (watering time No. 1, waterring cycle No. 2 (maksudnya: Siraman selama 5 minit setiap 90 minit).
  3. Pasangkan 2 biji bateri 9V
  4. Tekan butang operasi (di bahagian bawah ‘timer’)
  5. Pastikan penunjuk kawalan berada di tengah (auto)
  6. Siraman berlaku mengikut pelarasan (tempoh menyiram: 5 minit setiap 2.0 kg. kacang)

Set model pengeluaran tauge automatik memudahkan pengeluaran taugeh secara komersil, murah dan menguntungkan.  Penggunaan alat pelaras masa Galcon mengurangkan penggunaan air untuk siraman.  Dengan rekacipta SePTA, penjimatan masa dilihat daripada aspek menyiram air, membersihkan tauge daripada kulit benih dan pusingan pengeluaran. 
 

Perhatian !
Alat ini telah dicipta oleh sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Ahmat Khir bin  Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Pertanian Ayer Hitam Johor pada bulan April 1999 dengan kos (bahan dan upah penyediaan) sebanyak RM500.00 seunit.

Hasil Meningkat

Inovasi SePTA berjaya meningkatkan hasil tauge daripada 6 kg purata kepada 9 kg. purata bagi setiap kilogram benih kacang, iaitu peningkatan sebanyak 3 kg. atau 50%.

Kepuasan Hati Pelanggan

Selain daripada aspek pengurangkan kos, penjimatan masa dan peningkatan hasil, rekacipta SePTA sebagai teknologi tinggi, modal yang rendah, kos operasi yang rendah serta mudah dikendalikan.  Pengeluaran tauge boleh dikawal berdasarkan permintaan pasaran.  Inovasi yang diperkenalkan ini menyebabkan pengusaha dapat menjimatkan masa yang amat banyak untuk kerja-kerja penyiraman.  Pengusaha juga tidak terikat dengan waktu atau kekerapan siraman berbanding secara manual.

Kapasiti Pengeluaran Boleh Ditingkatkan

Pengeluaran boleh ditingkatkan sehingga mencapai 60-160 kg. tauge sehari dengan menambah bilangan saiz tong yang sama atau menukar saiz tong yang lebih besar.  Penukaran saiz tong adalah dari segi garispusatnya.  Ketinggian optimum yang disyorkan tidak melebihi 80 tan.

Tempoh Pulangan Modal Yang Singkat

Dengan SePTA, pengusaha boleh mendapat kembali modal yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh 2 tahun atau dengan menanam 100 kg benih kacang.

Kualiti Hasil Yang Tinggi dan Konsisten

Kualiti tauge yang dihasilkan oleh SePTA lebih tinggi serta konsisten, iaitu tauge yang gemuk, putih dan berakar pendek serta tahan disimpan.  Keberkesanan SePTA telah mendapat pengiktirafan Jabatan Pertanian apabila inovasi ini memenangani Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian 2000.  Inovasi ini juga diterima sebagai salah satu teknologi yang akan disebarkan kepada para petani untuk diterima pakai.

29
Oct
09

Video Tanam Tauge

28
Oct
09

Kaedah Penyediaan Tauge Di Rumah

hasil_tauge

Bahan Bahan

  • Kacang hitam / kacang hijau
  • Siako (plaster of paris, cari yg boleh makan bukan yg buat balutan patah)
  • Air Sentoso
  • Baldi

.

Formula asal

  • Rendamkan kacang hitam/hijau selama 7 jam
  • Tos biarkan semalaman
  • Rendamkan dalam air sentoso 4 jam
  • Toskan air 1 jamMasukkan ke dalam baldi
  • Gaulkan bersama Siako (siako berperanan utk memanaskan kacang dan mempercepatkan cambahan keluar)
  • Biarkan sehingga benih keluar, siram air 4@5 jam selepas gaul dengan siako (sedikit sahaja siako, tabor dan gaul)
  • Hari seterusnya boleh dimakan atau dijual.

.

Peringatan

Air sentoso beperanan sebagai baja dan baunya seakan urine (saya tidak galakkan pengunaan pasal bahan asas tak dpt dipastikan), harga sentoso RM300 sekilo dan hanya setitik digunakan utk jumlah 500gm kacang.

Siako ada dua jenis yg boleh dan tidak boleh dimakan, harga Siako (plasterof paris) RM2 sekilo dan boleh buat satu tong dram tauge. Boleh skip utk proses air sentoso dan hasilnya tauge taklah besar tetapi selamat utk dimakan.

Wassalam dan selamat mencuba.

Artikel di petik daripada warga_kilang@yahoogroups.com

28
Oct
09

Susunan Tong-tong Tauge

B2

28
Oct
09

Khasiat Tauge

200px-yosritaugeh

Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

 Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

28
Oct
09

Panduan Penanaman Tauge

dsc00357

.

Peralatan yang diperlukan:

1 – Alat penimbang
2 – Jug air
3 – Kacang hijau/kancang hitam/kacang soya (taugeh kasar)
4 – Sentoso
5 – Baldi kecil
6 – Tong Sampah (telah di ubahsuai)
7 – Guni padi (dipotong bulat mengikut diameter tong sampah)

.
Prosedur:

1 – Tuangkan kacang hijau ke atas alat penimbang cth:1kg-1kg kacang hijau akan menghasilkan sehingga 6-8 kg taugeh segar sekiranya kadar siraman air sekata dan tidak mempunyai sebarang masalah.

2 – Setelah kacang hijau ditimbang, tuangkan kacang hijau tersebut ke dalam baldi.

3 – Isikan jug dengan air dan tunagkannya ke dalam baldi. Bilas kacang hijau tersebut. Tujuannya untuk membersihkan kacang hijau dan mengasingkan kacang hijau yang telah rosak (kacang hijau yang terapung).

4 – Toskan kacang hijau tersebut dan tuangkan air yang baru ke dalam baldi tersebut.

5 – Titiskan sentoso ke dalam baldi tersebut yang berisi kacang hijau dan air itu.

6 – Rendamkan kacang hijau dan biarkan semalaman.

7 – Ambil kacang hijau tersebut dan diletakkan ke dalam tong sampah yang telah diubahsuai.

8 – Letakkan guni padi yang telah dipotong mengikut saiz diameter tong sampah itu di atas kacang hijau.

9 – Letak di dalam bilik taugeh dan set kan timer.

10 – Lihat taugeh dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berada di dalam keadaan yang baik. Elakkan kawasan taugeh anda dimasuki cahaya dengan tujuan untuk mengelakkan tunas tumbuh.

11 – Pada hari ke-4, ambil taugeh anda dan jual:)

.

Demikian panduan ringkas serba sedikit dalam menghasilkan taugeh.
Sumber : Kurniaesa Enterprise

28
Oct
09

Tentang Tauge

Tauge atau kecambah ialah biji kacang hijau yang sudah bertunas. Ia boleh ditunaskan dengan merendam kacang hijau 200px-yosritaugehdi dalam air, menyalirkan air tersebut, dan kemudian membilasnya pada jarak waktu yang tetap sehingga kacang-kacang tersebut bercambah dan bertunas.
Tauge biasanya dijadikan bahan makanan.

.

Maklumat pemakanan
Tauge kaya dengan vitamin, mineral, asid amino, protein, dan fitokimia kerana kesemua ini amat diperlukan oleh tumbuhan yang bercambah untuk bertumbuh. Tauge juga kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

.
Para penyokong diet makanan mentah mempromosikan tauge sebagai cara yang berkesan untuk meningkatkan nilai nutrien dan kebolehcernaan. Sebenarnya tauge dan kecambah-kecambah yang lain merupakan makanan yang paling padat nutriennya di dunia — kepadatan nutrien merujuk kepada jumlah nutrien per kalori.

.

Inilah alasannya mengapa banyak orang yang makan diet kalori rendah menjadikan tauge dan kecambahan-kecambahan lain sebagai bahan utama dalam diet mereka, khususnya apabila dicampurkan untuk memudahkan pencernaan.
 .
Penunasan
Lembapan, kehangatan, dan seringnya cahaya matahari yang tidak langsung diperlukan untuk penunasan. Tidak banyak masa, usaha, atau ruang yang diperlukan untuk menumbuhkan tauge.

.
Untuk menunaskan kacang hijau, kacang-kacang tersebut dibasahkan dan kemudian ditinggalkan pada suhu bilik dalam sebuah bekas. Banyak jenis bekas yang boleh digunakan, asalkan ia membenarkan penyaliran air kerana tauge yang direndam di dalam air reput dengan cepat. Kacang-kacang hijau akan menggembung dan mula bercambah dalam sehari atau dua.

.

Tauge dibilas antara dua hingga empat kali sehari (bergantung kepada suhu) untuk mencegahnya menjadi masam. Selepas tiga hingga lima hari, tauge akan mencapai dua atau tiga inci panjangnya dan sesuai untuk dimakan. Proses pertumbuhan boleh dilambatkan atau dihentikan dengan menyejukkkannya sehingga diperlukan.
.
Punca-punca biasa mengapa sesetengah tauge tidak boleh dimakan adalah seperti yang berikut:

  • Kacang hijau dibenarkan menjadi kering
  • Kacang hijau ditinggalkan merendam di dalam air
  • Suhu terlalu tinggi atau rendah
  • Pembilasan yang tidak mencukupi
  • Aliran udara yang tidak mencukupi
  • Kelengkapan yang kotor.

.
Kesemua masalah ini dapat diatasi dengan mudah dengan menggunakan bekas penunasan yang automatik untuk melembapkan kecambah-kecambah dan menyalirkan air pada jarak waktu yang tetap.

.
Kacang-kacang hijau yang ditunaskan dalam kegelapan adalah lebih garing dan putih, tetapi ia mengandungi kandungan pemakanan yang kurang, berbanding dengan kacang-kacang yang ditunaskan dalam separa cahaya matahari.

Cahaya matahari penuh tidak disyorkan kerana ia akan mengakibatkan kacang-kacang hijau terlalu panas atau kering. Mengenakan tekanan pada tauge, umpamanya dengan meletakkan barang-barang yang berat di atasnya di dalam bekas penunasan akan menghasilkan tauge-tauge yang lebih besar dan lebih garing. -wikipedia 

28
Oct
09

Pendapatan Lumayan Dengan Menanam Tauge

KOS PENGHASILAN TAUGE DAN KEUNTUNGAN

hasil_tauge1-150x150

KOS PENGHASILAN TAUGEH SEGAR INI TERMASUK BENIH, BAJA LETRIK DAN AIR 
 
1 KG BENIH MENGHASILKAN 7 KG TAUGEH SEGAR

Berdasarkan harga jualan rm1.50/kg

            HARGA JUALAN 7KG x 1.50           = RM 10.50
            KOS PENGHASILAN                        = RM 4.80
            KEUNTUNGAN                                 = RM 5.70

.

10 KG BENIH MENGHASILKAN 70 KG TAUGEH SEGAR

Berdasarkan harga jualan rm1.30/kg

            HARGA JUALAN 70KG x 1.30         = RM 91.00
            KOS PENGHASILAN                        = RM 39.30
            KEUNTUNGAN                                 = RM 51.70

.
100 KG BENIH MENGHASILKAN 700 KG TAUGEH SEGAR

Berdasarkan harga jualan rm1.10/kg

            HARGA JUALAN 700KG x 1.10       = RM 770
            KOS PENGHASILAN                        = RM 379
            KEUNTUNGAN                                 = RM 391

.
1000 KG BENIH MENGHASILKAN 7000 KG TAUGEH SEGAR

Berdasarkan harga jualan rm 0.90/kg

            HARGA JUALAN 7000KG x 0.90     = RM 6300
            KOS PENGHASILAN                        = RM 3780
            KEUNTUNGAN                                 = RM 2520

28
Oct
09

Rencana Tentang Bisnes Tauge

RENCANA TAUGE SINAR HARIAN

28
Oct
09

Salam Perkenalan Daripada Pemilik Tauge Online

9331_124848649035_593934035_2280488_318942_n-150x150

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Nizam dan saya wujudkan blog ini khas untuk berkongsi peluang perniagaan yang menarik iaitu bisnes tanaman tauge. Saya cuba sebaik mungkin untuk mengemas kini blog ini agak segala maklumat dan perkembangan bisnes ini dapat dikongsi bersama.

Nama penuh saya ialah Ahmad Hanizam bin Abdullah. Pengurus Bigfish Enterprise. Bertugas sebagai Eksekutif di salah sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. Boleh hubungi saya di 019-7589774

atau

email : nizamsky@gmail.com




Flickr Photos

Blog Stats

  • 20,195 hits